Sunday, 27 December 2015

Teguran

"Kenapa la nak guna perkataan and bahasa yang kasar terrorism macam tu kalau nak nasihat?"
"Beb, this is 2015. Mana ada lagi orang nak dengar kalau cakap baik-baik lemah lembut macam tu. Kena pijak lagi ada."
"Sifat nasihat tu baik, untuk mengubah ke arah kebaikan. Kalau nasihat disampaikan dengan cara yang bukan dalam kategori 'baik', bukan nasihat dah. Tu namanya bash. Nak menjatuhkan dah tu."
"Habis tu nak buat macam mana lagi? Orang sekarang bukan reti bahasa."
"Ikut la cara Nabi. Nabi start dari awal dengan lemah lembut sampai ke penghujung. Zaman masa awal-awal Islam nak dikenali dulu, bukan semua orang terima. Lagi payah kalau nak dibandingkan dengan sekarang. Susah payah Nabi berjuang, menegakkan Islam dengan cara yang paling baik ; lemah lembut. Takkan kita dah taknak ikut cara Nabi? Takkan kita nak guna cara yang Nabi tak guna?"
"Macam aku cakap tadi, manusia sekarang tak akan dengar kalau kita cakap baik-baik."
"Habis tu kau ingat orang akan terima dengan mudahnya kalau dicemuh dimaki macam tu? Back to basic la. Islam sendiri menganjurkan umatnya bersikap lemah lembut. In fact, akhlak yang macam ni la yang buatkan orang tertarik pada Islam. "
"Kau nak aku buat apa?"
"Nasihat. Bukan bash. Kita nak bangunkan, bukan nak jatuhkan sesama kita. Allah tu maha penyayang. Maha Adil. Dan sikap-sikap tu jugak kena ada pada diri kita. Kalau tak mampu, berdiam tu lebih baik."

Saturday, 26 December 2015

Niqab

Tak ramai yang faham dengan niqabis. Dan bila aku kata macam tu, tak semestinya aku faham dengan mereka. The main topic, on off niqab. Ramai orang pandang serong dengan hal ni, sebab di fikiran mereka, sesuatu itu lebih baik jika dilakukan secara beristiqamah; yakni melakukan sesuatu secara tetap, yakin & berterusan. Ya, memang tak dapat dinafikan yang istiqamah tu jalan yang terbaik.

Tapi dalam hal niqab, there's certain time when the niqab is better be off. Contohnya, lebih berkat ilmu yang dipelajari jika menunjukkan wajah kepada guru ketika belajar, dan lebih afdhal jika menunjukkan wajah dalam berjual beli. Sesetengah tempat ada yang melarang berniqab, contohnya certain universiti. Yang ni pelik sikit, tapi bila dah jadi undang-undang, kita ikut. Sebab berniqab sunat, bukan wajib. Dan dah semestinya niqab wajib dibuka semasa dalam ihram, dan lebih afdhal jika dibuka semasa menunaikan solat. Semuanya balik kepada hukum asal. So disini hanya nak menegaskan, yang on off niqab tu tak semestinya tak baik. Niat dihati tu yang penting. Semuanya balik kepada hukum asal.

Berpurdah tu sunat, pakaian isteri nabi. Masa zaman nabi dulu, takdak telefon, takdak kamera. Tapi zaman kita ada. Nak bergambar tu tak salah. Tapi kurangkan upload dekat social media. Mata lelaki ni macam lautan dalam, tak boleh diduga, kita taktau dalam tu ada apa. Takmau lah pulak bila hampa dah pakai elok macam tu, orang laki ni dok meqela. Kalau depa save gambaq tu pun hampa bukan tau. Berwaspada. Kurangkan. Berhenti terus lagi baik. Takut jugak lari daripada niat asal. Orang tua kata pelan-pelan kayuh.

Salah silap mohon tegur, tak perlu kecam beta, beta juga manusia ^^
kita bukan nak bash, bukan nak jatuhkan. Kita nak tegur, nak bantu. Bantu anda & sama-sama bantu agama kita.
#gelatolium #LiveTheAddin