Kemanusiaan. Humanity. Perasaan ni bukannya lahir semasa kita tukar profile picture tanda sokongan. Tapi semasa kita menadah tangan berdoa pada Tuhan. Humanity may save millions of life. Maka berdoalah. Itu senjata kita. Put faith in it. Believe in it. Dia Adil. Dia Penyayang. Come hell or high water. He's there for us.
Persimpangan ini permulaan kepada suatu pengakhiran. Ada jalan yang benar. Ada jalan yang salah. Which is the way? Live well or live hell? We choose. Berdoalah agar kita sentiasa berada di jalan yang benar.
Saturday, 21 November 2015
Monday, 16 November 2015
Aqwam
Kita di persimpangan. Ada banyak jalan. Jalan yang mana kita nak pilih? Jalan yang mana yang terbaik untuk kita?
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar."
- Al-Israk ; 9
Kemenangan sedang menanti mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan Al-Quran sebagai rujukan. Maka pilih lah aqwam ; jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.
Kadang-kadang kita tertanya, mengapa Allah wujudkan jalan-jalan yang lain, sedangkan hanya satu jalan yang boleh membawa kita ke arah kemenangan? Mengapa kita diuji?
Firman Allah SWT :
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Al-Mulk ; 2
Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada diuji ?
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa."
-ustaz.blogspot.my
"Choose the Aqwam, live the Addin."
Sunday, 15 November 2015
Choose the Aqwam, Live the Addin
Ramai daripada kita beragama Islam. Kita muslim. Tapi tak semua daripada kita yang do the practice. Tak semua daripada kita yang do the orders and leave the prohibited.
Ramai daripada kita hanya muslim pada kad pengenalan. Hanya muslim masa lahir. Hanya muslim masa hari raya. Hanya muslim masa berkahwin. Hanya muslim masa meninggal.
Tapi masa lain? What happen to our religion? Hanya bertanda?
Nak salahkan siapa sebab kita jadi macam tu? Salahkan ibu bapa sebab frasa 'anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi yahudi nasrani atau majusi' ? Tidak. Jari sepatutnya dituding ke arah the man in the mirror. Kalau masih nak menyalahkan, salahkan diri sendiri, kerana tak ada lain yang layak disalahkan.
Menyesali masa silam tak akan mengubah apa-apa. Tapi usaha untuk memperbaiki tu yang akan mengubah segala-galanya.
Kadang-kadang kita lupa. Mengapa semua yang buruk tu jatuh pada kita. Mengapa kita tak boleh jadi macam orang lain. Mengapa kita tak dapat hidayah macam orang lain.
Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Allah menguji kita. Sekuat mana grip kita pada iman. Sekuat mana cinta kita pada agama. Setabah mana perjuangan kita bergelar muslim.
Allah tak uji kalau hamba-Nya tu tak mampu nak menahan ujian-Nya. Sebab Dia tahu kita mampu.
Tapi mengapa kita tewas kepada diri sendiri?
Bangkitlah. Tiada apa yang boleh jadi terlalu terlambat. Tiada dosa yang tak dapat diampunkan. Tiada manusia yang lari daripada dosa. Dan tiada manusia yang tak dapat kembali ke persimpangan. Persimpangan di mana dia tersalah memilih.
People've been given chances. The chance to choose. Choose the aqwam. Live the addin.
Cerpen ! :3
pasal update, sorry to say, tak boleh nak lelaju. busy with life. life ke? books, test, lectures, quizzes, books again. bla3. stay tuned.
Assalamualaikum :*
Saturday, 14 November 2015
Blindfolded by ourself
Buta. Ya kita buta. Kita tak nampak segala jenis petanda. Segala macam signs. Segala bentuk petunjuk. Padahal semuanya dah jelas depan mata.
Tapi sebenarnya kita bukan tak nampak. Buta kita bukan di mata. Tapi kita butakan hati. Bukan tak terlintas di kotak pemikiran. Bukan tak tercetus perasaan tu dekat hati. Bukan tak terbayang dosa yang menghantui. Tapi kita menidakkan dengan ego.
"There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; therefore, whoever disbelieves in the Shaitan and believes in Allah he indeed has laid hold on the firmest handle, which shall not break off, and Allah is Hearing, Knowing."
Qur'an 2:256
Mengapa menidakkan yang benar dan membetulkan yang salah? Kita semua dah cukup besar untuk membezakan baik dan buruk. Pengaruh? Kita dah cukup besar untuk menyalahkan. Berhenti menuding jari. Salahkan diri sendiri, kerana leka & alpa, kita lupa tujuan asal kita berdiri di bumi.
Ego. Susah sangat nak rendahkan ego. Tapi. Kerana ego itu kita mungkin terbakar kelak. Kita mungkin binasa suatu hari nanti. Maka rendahkan ego. Belajar menerima. Belajar untuk mempelajari. Izinkan hati untuk terbuka. Izinkan perubahan di dalam hati.
Tidak ada yang boleh jadi terlalu terlambat. Tiada dosa yang tak dapat diampunkan. Tiada kesungguhan dalam taubat yang tak akan diterima.
Dan bila hati dah terusik dengan kebaikan, maka dapatkan the firmest handle. Jangan biarkan diri kita kembali kepada persimpangan yang sudah kita tersilap. This is a new road. The so called Aqwam ; jalan yang paling benar, paling adil, dan paling tepat.
Friday, 13 November 2015
The crack on the mask
Bukan semua orang mampu menjadi diri sendiri kat dunia yang macam ni. Dunia di mana tindak tanduk kita disoal bagai air terjun yang mengalir deras. Dunia di mana rahsia diri tidak selamat. Dan mungkin juga, dunia yang tidak menghiraukan kewujudan diri kita yang sebenar.
Hatta ramai yang berselindung di sebalik topeng. Topeng yang menyembunyikan perihal sebenar individu itu. Topeng yang mengasingkan diri sebenar daripada dunia, yang disebaliknya kita bebas berbuat kehendak diri.
Tapi sampai bila? Akan ada suatu ketika topeng itu retak & pecah. Akan ada suatu ketika dunia memerlukan individu di belakang topeng. Akan ada suatu ketika kita sedar bahawa rahsia ini sepatutnya dikongsi.
Maka jadilah diri sendiri, pekakkan telinga daripada komen-komen negatif, terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Look forward. There's the place where our future exist. But don't forget the road you took, because you might've lost.
"Every soul has a past.
Every soul lives a present.
And every soul deserves a future.
No judging on one's past.
Because it might be your future."
-Hlovate, Anthem.
Anthem by Hlovate
"Every soul has a past.
Every soul lives a present.
And every soul deserves a future.
No judging on one's past.
Because it might be your future."
-Hlovate, Anthem.
"My last note, kenapa cerita ni bertajuk Anthem? Bila saya baca sinopsis, saya ingatkan ‘anthem’ ialah lagu kebangsaan kita, Negaraku. Sebab dia travel banyak negara, kan? More like ‘cintailah negara kita’. Then my second theory kata anthem ni lagu Viopipe oleh Butterfingers, sebab lagu ni mengingatkan Dash kat masa silamnya yang dah lama dia tinggalkan. And I was so wrong. Ada satu lagi ‘anthem’ yang nilainya jauh lebih besar dalam hidup kita. ‘Anthem’ yang kita lagukan setiap hari tanpa kita sedar. Dan itulah ‘anthem’ kita yang dikongsi bersama masyarakat di ceruk mana dunia pun, dan juga seluruh alam umumnya. ‘Anthem’ yang dimaksudkan ialah syahadah."
-Memori Ilusi
"My anthem is my syahadah."
-Dash, Anthem
Shakespeare Wannabee #1
I see good people shake hands with their own kind
Leaving behind those who chose the wrong route
To be stranded
And rot within the darkest fear.
Maybe the good people are afraid
Afraid of the rotten sins from the poor
And so that they leave them behind
Forgetting the lectures of the prophet.
Who else can guide them if its not the people who believed ?
Who else can drag them out of darkest fear ?
You'll be fallen inch from the stairs, once they asked " why were you not helping me ? "
Learn the lessons, and make more of your kind.
Stated, manusia tak lari daripada melakukan kesilapan. Yes, its their choice, but its cruel to judge & blame. Coklat yang jatuh ke tanah, kotor, tapi tak semestinya tak boleh dibersihkan semula. ;)
Thursday, 12 November 2015
Characters of life
Kita memang protagonis dalam hidup kita masing-masing. Kitalah watak utama. kitalah superstar. kitalah hero. Kita protagonis, yang hidup dalam perjuangan tersendiri. Ada yang ke bawah. Ada yang ke atas. Masing-masing ada harapan. Masing-masing ada cita-cita. Masing-masing ada impian. Tapi matlamatnya hanya satu. Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam hidup ; perkara inilah yang sepatutnya ditanam dalam jati diri setiap muslim. Yang sepatutnya.
Namun ada juga watak antagonis dalam kehidupan. Mereka tersimpang. Mereka tersalah memilih. Mereka silap. Mereka tewas dengan perangkap dunia yang hanya menunggu masa tika manusia leka. Mereka inilah yang patut kita berikan dorongan. Mereka inilah yang sepatutnya diberikan tunjuk ajar untuk membawa mereka pulang ke jalan yang benar. Manusia tak lari daripada kesilapan. Sebab tu perlunya kita saling bertegur. Hatta siapa lagi yang akan menegur antagonis jika bukan golongan yang sedar?
Easier said than done. But at least we try ey?