Saturday, 14 November 2015

Blindfolded by ourself

Buta. Ya kita buta. Kita tak nampak segala jenis petanda. Segala macam signs. Segala bentuk petunjuk. Padahal semuanya dah jelas depan mata.
Tapi sebenarnya kita bukan tak nampak. Buta kita bukan di mata. Tapi kita butakan hati. Bukan tak terlintas di kotak pemikiran. Bukan tak tercetus perasaan tu dekat hati. Bukan tak terbayang dosa yang menghantui. Tapi kita menidakkan dengan ego.

"There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; therefore, whoever disbelieves in the Shaitan and believes in Allah he indeed has laid hold on the firmest handle, which shall not break off, and Allah is Hearing, Knowing."
Qur'an 2:256

Mengapa menidakkan yang benar dan membetulkan yang salah? Kita semua dah cukup besar untuk membezakan baik dan buruk. Pengaruh? Kita dah cukup besar untuk menyalahkan. Berhenti menuding jari. Salahkan diri sendiri, kerana leka & alpa, kita lupa tujuan asal kita berdiri di bumi.
Ego. Susah sangat nak rendahkan ego. Tapi. Kerana ego itu kita mungkin terbakar kelak. Kita mungkin binasa suatu hari nanti. Maka rendahkan ego. Belajar menerima. Belajar untuk mempelajari. Izinkan hati untuk terbuka. Izinkan perubahan di dalam hati.
Tidak ada yang boleh jadi terlalu terlambat. Tiada dosa yang tak dapat diampunkan. Tiada kesungguhan dalam taubat yang tak akan diterima.
Dan bila hati dah terusik dengan kebaikan, maka dapatkan the firmest handle. Jangan biarkan diri kita kembali kepada persimpangan yang sudah kita tersilap. This is a new road. The so called Aqwam ; jalan yang paling benar, paling adil, dan paling tepat.

No comments:

Post a Comment