Bukan semua orang mampu menjadi diri sendiri kat dunia yang macam ni. Dunia di mana tindak tanduk kita disoal bagai air terjun yang mengalir deras. Dunia di mana rahsia diri tidak selamat. Dan mungkin juga, dunia yang tidak menghiraukan kewujudan diri kita yang sebenar.
Hatta ramai yang berselindung di sebalik topeng. Topeng yang menyembunyikan perihal sebenar individu itu. Topeng yang mengasingkan diri sebenar daripada dunia, yang disebaliknya kita bebas berbuat kehendak diri.
Tapi sampai bila? Akan ada suatu ketika topeng itu retak & pecah. Akan ada suatu ketika dunia memerlukan individu di belakang topeng. Akan ada suatu ketika kita sedar bahawa rahsia ini sepatutnya dikongsi.
Maka jadilah diri sendiri, pekakkan telinga daripada komen-komen negatif, terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Look forward. There's the place where our future exist. But don't forget the road you took, because you might've lost.
"Every soul has a past.
Every soul lives a present.
And every soul deserves a future.
No judging on one's past.
Because it might be your future."
-Hlovate, Anthem.
No comments:
Post a Comment