Ramai daripada kita beragama Islam. Kita muslim. Tapi tak semua daripada kita yang do the practice. Tak semua daripada kita yang do the orders and leave the prohibited.
Ramai daripada kita hanya muslim pada kad pengenalan. Hanya muslim masa lahir. Hanya muslim masa hari raya. Hanya muslim masa berkahwin. Hanya muslim masa meninggal.
Tapi masa lain? What happen to our religion? Hanya bertanda?
Nak salahkan siapa sebab kita jadi macam tu? Salahkan ibu bapa sebab frasa 'anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi yahudi nasrani atau majusi' ? Tidak. Jari sepatutnya dituding ke arah the man in the mirror. Kalau masih nak menyalahkan, salahkan diri sendiri, kerana tak ada lain yang layak disalahkan.
Menyesali masa silam tak akan mengubah apa-apa. Tapi usaha untuk memperbaiki tu yang akan mengubah segala-galanya.
Kadang-kadang kita lupa. Mengapa semua yang buruk tu jatuh pada kita. Mengapa kita tak boleh jadi macam orang lain. Mengapa kita tak dapat hidayah macam orang lain.
Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Allah menguji kita. Sekuat mana grip kita pada iman. Sekuat mana cinta kita pada agama. Setabah mana perjuangan kita bergelar muslim.
Allah tak uji kalau hamba-Nya tu tak mampu nak menahan ujian-Nya. Sebab Dia tahu kita mampu.
Tapi mengapa kita tewas kepada diri sendiri?
Bangkitlah. Tiada apa yang boleh jadi terlalu terlambat. Tiada dosa yang tak dapat diampunkan. Tiada manusia yang lari daripada dosa. Dan tiada manusia yang tak dapat kembali ke persimpangan. Persimpangan di mana dia tersalah memilih.
People've been given chances. The chance to choose. Choose the aqwam. Live the addin.
Persimpangan ini permulaan kepada suatu pengakhiran. Ada jalan yang benar. Ada jalan yang salah. Which is the way? Live well or live hell? We choose. Berdoalah agar kita sentiasa berada di jalan yang benar.
Sunday, 15 November 2015
Choose the Aqwam, Live the Addin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment