Monday, 16 November 2015

Aqwam

Kita di persimpangan. Ada banyak jalan. Jalan yang mana kita nak pilih? Jalan yang mana yang terbaik untuk kita?

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar."
- Al-Israk ; 9

Kemenangan sedang menanti mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan Al-Quran sebagai rujukan. Maka pilih lah aqwam ; jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.

Kadang-kadang kita tertanya, mengapa Allah wujudkan jalan-jalan yang lain, sedangkan hanya satu jalan yang boleh membawa kita ke arah kemenangan? Mengapa kita diuji?

Firman Allah SWT :
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Al-Mulk ; 2

Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada diuji ?

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa."
-ustaz.blogspot.my

"Choose the Aqwam, live the Addin."

No comments:

Post a Comment