War in our blood, some things never change,
Fighting for land and personal gain,
Better your life, justify your pain,
The end is knocking,
The end is knocking
Lost berdentum di headphone. Namun suara Matt Shadows seakan tidak didengarinya walaupun lagu itu kuat terpasang. Tubuhnya kaku, diam terbisu. Matanya tak berkedip berlari di atas baris ayat dalam Untuk Kita Pendosa. Tujuan asal dia menyelak buku itu adalah kerana mahu mencari isi untuk diselitkan dalam motivasi yang nak disampaikan semasa kem nanti. Tapi akhirnya dia pun turut terkesan dengan karya Hilal Asyraf itu. Bab 6, Efek dosa pada hati. Dah berkali-kali bab itu diulang semenjak tadi.
Rasulullah saw pernah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya orang Mukmin apabila melakukan dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat lalu berhenti melakukan dosa dan beristighfar, dia bersih daripada bintik hitam itu. Apabila dia tetap melakukan dosa, semakin bertambah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya.”
Benz mengurut dada. Kepala dibiarkan menengadah siling, bersandar pada kerusi bilik bacaan. Hati aku. Hitam ke? Taubat aku, Allah terima ke? Mata dibiarkan terpejam. Tanpa sedar, cecair panas mula mengalir dari mata. Cecair bening itu dibiarkan meleleh ke pipi.
We’ve all been lost for most of this life,
Everywhere we turn, more hatred surrounded us,
And I know that most of us just ain’t right,
Following the wrong steps, being led by pride.
Buku masih setia di tangan.
Hati yang gelap menjadikan pandangan jiwa kita semakin terpadam.
“Benz, jom keluar makan. Lapar gilak dah ni.”
Otak yang baru nak memproses untuk memutar memori terhenti. Belakang tangan menyeka anak sungai yang mengalir di pipi. Buku ditutup. Dia ni masuk bukan nak ketuk pintu ke apa. “Okay.”
“KENAPA kau menangis tadi?”
Hampir nak tersembur jus epal yang tengah menuruni kerengkung bila Yayan tanya selamba macam tu. Dia perasan? “Nothing.”
“Come on la Benz Alif.”
“I said nothing. And that’s it. Okay? I’m fine. Tak ada apa-apa pun. Serius.” Bersungguh-sungguh dia menutur kata dengan sengih menampakkan gigi. Palsu. Orang Sarawak kata sengih yang dipolah-polah. Eceh. Hentam je lah Benz oi.
Yayan menjulingkan mata. “Yalah kau tu. Dah, makan. Dari tadi asyik tengok je nasi tu dah kenapa?” Yayan mengukir mocking smile. “Makan cepat, dah nak tengah malam ni.”
Nasi segera disudu ke mulut. Dia mengunyah perlahan sebelum mata kembali merenung ke arah nasi yang masih memenuhi pinggan.
“Kau dah prepare ke text untuk motivation?” Yayan kembali bersuara memecah sunyi.
“In progress. Habis yang aku berteleku kat reading room tadi tu takkan aku buat early reading untuk semester depan kut?” Malas-malas dia menuturkan. Matanya masih setia pada nasi di pinggan. Fikirannya dah menerawang sampai Kodiang dah.
“Oh. Bukan kau buat drama leleh ke tadi?”
“Yayan..” dia mencerunkan mata. Dah keluar aura samseng Chow Kit. Ada jugak sudu yang melayang ni. Yayan dah terhinggut-hinggut bahu menahan tawa.
DOSA. Kalau difikirkan, mana ada manusia biasa yang terlepas daripada buat dosa kan? Nabi dan Rasul tu lain cerita. Nabi dan Rasul maksum. Terpelihara daripada buat dosa. Manusia biasa macam aku ni la yang tak boleh lari daripada dosa. Kira lumrah la, manusia berdosa. Sentiasa diuji. Tapi tak boleh jugak berselindung di belakang perkataan lumrah tu. Memang pada fitrahnya manusia itu berdosa. Tapi dah jadi tuntutan agama untuk kita menjalankan perintah Allah dan menjauhi apa yang Dia larang. Termasuk sekali dengan menjauhi dosa.. Tapi persoalannya mampu ke kita nak menjauhi semua yang Allah larang? Mampu ke aku?
“Benz. Yang lepas tu, biar lepas. Biar dijadikan pengajaran, tapi jangan pulak kau lupakan terus. Aku just nak ingatkan kau sebagai seorang sahabat, jangan pernah kau ragu-ragu Allah mampu ampunkan ke tak dosa kita walau seberat mana pun dosa tu, sebab kalau kau rasa macam tu, tu dah ibarat kau meragui kekuasaan Allah. Allah tu maha Pengampun, maha Penyayang. Jangan pernah kau ragu soal tu.”
Benz menggaru kepala yang tidak gatal. Kata-kata Yayan tadi menyinggah dalam kepala. Astaghfirullah. Senyum kelat diukir. Untuk Kita Pendosa di tangan ditutup. Kepala dihempaskan ke bantal. Mampu ke tak mampu ke, aku kena mampu jugak. Sekurang-kurangnya cuba. Benz Alif yang sekarang bukan lagi Benz Alif yang dulu. Bukan Benz Alif yang pernah menyimpang jauh. Dia menepuk-nepuk kedua belah pipi. Kembali ke alam nyata Benz. You’re not capable of changing the past. It’s written. But you can still change the future. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Kan?
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat, yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan, yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." – (QS.13:11)
|