Tak ramai yang faham dengan niqabis. Dan bila aku kata macam tu, tak semestinya aku faham dengan mereka. The main topic, on off niqab. Ramai orang pandang serong dengan hal ni, sebab di fikiran mereka, sesuatu itu lebih baik jika dilakukan secara beristiqamah; yakni melakukan sesuatu secara tetap, yakin & berterusan. Ya, memang tak dapat dinafikan yang istiqamah tu jalan yang terbaik.
Tapi dalam hal niqab, there's certain time when the niqab is better be off. Contohnya, lebih berkat ilmu yang dipelajari jika menunjukkan wajah kepada guru ketika belajar, dan lebih afdhal jika menunjukkan wajah dalam berjual beli. Sesetengah tempat ada yang melarang berniqab, contohnya certain universiti. Yang ni pelik sikit, tapi bila dah jadi undang-undang, kita ikut. Sebab berniqab sunat, bukan wajib. Dan dah semestinya niqab wajib dibuka semasa dalam ihram, dan lebih afdhal jika dibuka semasa menunaikan solat. Semuanya balik kepada hukum asal. So disini hanya nak menegaskan, yang on off niqab tu tak semestinya tak baik. Niat dihati tu yang penting. Semuanya balik kepada hukum asal.
Berpurdah tu sunat, pakaian isteri nabi. Masa zaman nabi dulu, takdak telefon, takdak kamera. Tapi zaman kita ada. Nak bergambar tu tak salah. Tapi kurangkan upload dekat social media. Mata lelaki ni macam lautan dalam, tak boleh diduga, kita taktau dalam tu ada apa. Takmau lah pulak bila hampa dah pakai elok macam tu, orang laki ni dok meqela. Kalau depa save gambaq tu pun hampa bukan tau. Berwaspada. Kurangkan. Berhenti terus lagi baik. Takut jugak lari daripada niat asal. Orang tua kata pelan-pelan kayuh.
Salah silap mohon tegur, tak perlu kecam beta, beta juga manusia ^^
kita bukan nak bash, bukan nak jatuhkan. Kita nak tegur, nak bantu. Bantu anda & sama-sama bantu agama kita.
#gelatolium #LiveTheAddin
No comments:
Post a Comment