Wednesday, 24 August 2016

Addin #1

Kepingan Perfecto disuakan ke mulut. Matanya tidak beralih daripada buku ditangan kiri. A Sea Of Troubles diselak ke muka surat seterusnya dengan jari kelingking. Matanya laju berlari di atas barisan ayat tulisan David Donachie itu.
‘You cannot doubt that the cause we represent is anything other than just!’
Tangan kanan mencapai cawan plastik berisi kopi panas di atas meja bulat. Dengan mata tidak berganjak daripada baris ayat, dia menghirup kopi yang tinggal separuh itu dengan perlahan.
‘The chance to speak the truth was there, but prevarication won hands down.’
Cawan plastik diletakkan semula ke atas meja. Kepingan Perfecto disua lagi ke arah mulut. Keadaan sunyi yang hanya diisi dengan bunyi tuangan air kopi di Starbucks itu sungguh mendamaikan. Tiada yang mengganggu. Tiada yang hingar mencemarkan bunyi. Tiada derapan tapak kaki yang menggegar bumi yang sepatutnya menjadi kebiasaan di tempat itu. Dia hanya ditemani pekerja Starbucks yang sentiasa tersenyum, beberapa orang lelaki separuh abad yang asyik dengan komputer riba masing-masing, dan A Sea Of Troubles di tangan kiri. Meja bulat dihadapannya penuh dengan cawan plastik berisi kopi, beg galas Camel Mountain sederhana besar, dan headphone. Sesekali dia mengulang membaca kembali ayat di dalam buku itu kerana tidak difahami isi penyampaiannya. Buku itu buku lama. Buku tentang pengembaraan di laut. Buku tentang kehidupan lanun. Fiction. Dia tak minat sangat. Tapi dia tetap tak dapat menolak harga diskaun buku yang dibeli di Popular itu siang tadi. Murah sangat ! Memang, mana ada manusia yang boleh tahan kalau harga diskaun yang murah-murah, baik lelaki baik perempuan. Kalau dah nampak barang murah macam tu, dah tak fikir dah yang wallet dah makin menipis, semua main aci redah je ambil barang bawak ke kaunter. Boros berbelanja. Esok-esok mengeluh duit tak cukup. Heh, ni boleh masuk kategori tarbiah diri sendiri ke? Suara Patrick Stump menyanyikan baris korus Centuries daripada poket jeans menghentikan bacaanya. Telefon bimbit dikeluarkan malas. Panggilan telefon segera dijawab. 
“Benz you gotta help me ! Mati aku kalau kau tak nak tolong weh !”. 
A Sea Of Troubles hampir terlepas daripada tangan kiri. Baru sahaja telefon diletakkan di telinga, dah ada suara garau makhluk di hujung talian menjerit memecahkan gegendang telinga. Budak Yayan ni memang, kalau tak menggelabah tu memang bukan dia la. Buku itu diletakkan ke atas meja bulat. Letak telefon bimbit ditelinga dibetulkan sebelum mulut dibuka. “Kot ye pun bagi lah salam dulu woi. Kalau aku ada sakit jantung ke apa, dah tergolek berbuih mulut dah aku kat sini tau tak.” Benz mengurut dada. Sungguh, kalau ada lemah jantung ke apa, mati keras la aku dekat sini. Tengah-tengah malam macam ni mana nak ada ramai orang sangat dekat airport ni. Pakcik dengan laptop tadi pun dah hilang kemana dia pun tak tahu. Dah lama ke aku duduk sini sorang-sorang? Pandangan dialihkan kepada pekerja Starbucks yang asyik dengan earphone di telinga. Senyuman saling dilontarkan tanda hormat.
“Hah, okay. Okay. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.” Senafas Yayan memberi salam. “ Wei tolong la aku !”. Jeritannya bernada merayu. Dia tidak menunggu Benz menjawab salamnya tadi. 
“Waalaikumsalam.” Dia menggeleng-gelengkan kepala. Pandangan dialihkan menengadah siling. “Apa yang kau terjerit-jerit macam nak tercabut anak tekak ni? Cer kau cakap baik-baik sikit. Kau nak aku tolong apa ni tiba-tiba je?”
“Join aku punya team, handle program dengan budak-budak matrikulasi sabtu ni. Tiba-tiba ada orang penting yang undur diri saat akhir weh, aku dah tak tau nak cari siapa dah ni. Kau free kan?” Senafas Yayan menutur. Mengah.
“Ha? Apadia?” mulut dia dah mula melopong.
“Tolong aku handle program. Tak cukup orang.” Malas-malas Yayan mengulang semula isi percakapannya tadi.
“Ha? Program?” betullah aku tak salah dengar tadi. “Kenapa aku pulak ni? Haish kau ni.”. Benz menggaru kepada yang tidak gatal. Kaca mata ala-ala wayfares dibetulkan letaknya. Aku ingat boleh la nak berehat je kat rumah cuti semester ni. Ni belum apa-apa dah ada orang mengacau pulak. Haru betul.
“Alaa tolong la weh, kau kan dah biasa handle program macam ni. Tak lama pun kem tu, tiga hari dua malam je. Siapa lagi nak tolong aku kalau bukan kau. Hmm.” Yayan buat suara kesian. 
“Arghh kau ni mengganggu ketenteraman alam betul. Dah la ayat cliche tahap ultraman.” Bapak dia tak lama 3 hari 2 malam. Aku baru start cuti, belum balik rumah lagi, dah ada yang nak mengacau pulak. Tapi.. “Yelah yelah. Aku tolong. Ingat ek ni last aku tolong kau. Lepas ni kau merayu macam mana pun aku tamau layan.” Tegas dan pantas pertuturannya, tetapi masih jelas dan lancar. Tak nak tolong, yang memintanya sahabat sendiri. Tapi betul la apa yang Yayan cakap, siapa lagi yang akan menolong kita yang dalam kesusahan melainkan sahabat sendiri ye tak? Cliche memang cliche, tapi ada betulnya. Sama jugak macam sahabat Nabi, sentiasa ada untuk baginda dalam apa sahaja cabaran dan rintangan. Heh, betul lah aku ni dah jadi pak ustaz. Patut la budak-budak batch asyik panggil macam tu. Tapi si Yayan ni pun satu, kalau ye pun nak mintak tolong, bukannya nak bagitau awal-awal. Nasib baik tiket flight ke Ipoh tak book lagi. Kalau tak burn macam tu je. Haish mamat ni. Memang suka betul mengganggu hidup aku.
“Yaaaayyy, sayang kau Benz ! kau la sahabat dunia akhirat ! muaahhh !”
“Tayah kau nak muah muah bagai. Dasar gay.” tanpa nada Benz menuturkan. Malas aku nak layan dia punya perangai gay ni. 
“Kau sampai KLIA2 dalam pukul 9 pagi kan? Aku ambik kau nanti kat airport. Benz I gotta go, nak kena siapkan kertas kerja untuk program tu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Talian diputuskan. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeans. Jam di pergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Flight aku dah nak dekat. Sedar tak sedar dah nak subuh dah. Dah beberapa jam berlalu sejak dia habis berseronok dengan kawan-kawan sebab cuti semester dah mula. Dan dah berjam jugak dia tersadai dekat airport menunggu hari siang. Bukan apa, dia tak mahu terlepas flight macam dulu. Fobia. Kawan-kawannya yang lain semua dah selamat bertolak. Yang local tu, dekat aje lah rumah. Yang dari seberang laut sana semua dah selamat naik kapal terbang. Ada yang dah sampai rumah dah pun. Kalau tak sebab terlambat beli tiket, dia pun mungkin dah sampai sekarang. Tapi mungkin Allah dah rancang, dia kena tolong Yayan dengan dia punya kem apa ntah tu. Redha jelah.
Sejuk angin pagi ditambah dengan pendingin hawa terasa menyucuk ke tulang. Sweater adidas yang dipakai seolah-olah tidak berfungsi. Tangan dirangkul ke badan memeluk tubuh.  Kopi segera dihabiskan dan dibuang cawannya. A Sea Of Troubles, headphone dan tin perfecto yang tersadai di atas meja bulat disumbat ke dalam Camel Mountain. Langkah segera diatur ke arah surau di tingkat bawah. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baru nak terang dengan lampu itu mula dipenuhi orang pelbagai bangsa. 



HARI ni kita belajar benda baru, Siapa boleh bagitau cikgu, kenapa kita solat?”
“Sebab mak suruh.”
“Sebab nak dapat pahala.”
“Sebab nanti kalau tak solat abah rotan.”
Berebut-rebut mereka mengangkat tangan nak menjawab soalan. Sungguh lah orang kata, kalau dengan budak-budak ni, memang selalu rasa seronok. Memang mereka nakal, tapi mereka lah teman, mereka lah kawan, mereka lah yang mengundang gembira di hati. Dia tersenyum nipis melihat telatah anak-anak muridnya yang pelbagai ragam itu. Semua comel ! Pagi-pagi dah ceria, pagi-pagi dah buat dia rasa gembira dengan hidup. Pandangan dialihkan kepada Batrisya yang mengangkat tangan.
“Sebab Allah suruh?”
Bibir mengukir senyum lagi. Kali ni terlebih gula. Anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi yahudi nasrani atau majusi. Atau muslim. Dia juga sekarang menggalas tanggungjawab yang sama, mencorakkan anak-anak comel di hadapan matanya itu menjadi seorang muslim yang bukan hanya pada gelaran, tetapi juga supaya mereka mempraktiskan Islam dalam kehidupan. 


WHAT? Whoa wait a second. ni apesal pulak aku yang kena handle slot motivasi dekat budak-budak tu pulak? Kau tak mention pun pasal ni pagi tadi?”
“Aku tau kalau aku bagitau pasal ni kau mesti tanak. So I keep it a secret till now.” Selamba dia menyusun kata dengan sengih sungging. Blueberry cheesecake disudu ke mulut tanpa memperdulikan renungan maut orang di hujung meja. 
“This is one bloody hell.” Hilang terus dia punya pak ustaz.

No comments:

Post a Comment